Proposal yang perlu di siapkan perancangannya bagi minggu ini juga ialah berkenaan dgn video ataupun persembahan multimedia.

kami dikehendaki untuk mencari tema dan objektif bagi persembahan multimedia tersebut..

Kumpulan sya telah mengadakan perjumpaan pada tanggal 18 jan 2010 di cafe kolej rahim kajai jam 3 petang bagi membincangkan mengenai proposal ini. Tanggal ini dipilih setelah semua ahli kumpulan dapat meluangkan masa setelah sibuk dengan aktiviti harian masing2..

setelah di capai kesepakatan oleh rakan sekumpulan iaitu rakan cosmate yg di cintai cik khairunisa dan cosmate ku juga Muhammad Aiman telah sepakat mengambil tema alam sekitar.

Tajuk bagi persembahan multimedia tersebut adalah ‘Earth need Us’ atau dengan kata lain ‘Bumi memerlukan kita’

objektif yang akan dicapai dalam persembahan ini ialah:

a)memberikan pendedahan tentang permasalahan alam sekitar

b)Mewujudkan rasa syukur dalam diri individu

c)Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar.