cuti pertengahan semester yang baru-baru ini  sangat bermakna bagi diriku. Bukan sekadar bercuti dari aktiviti yang sangat sibuk di ukm dengan tugasan,peperiksaan, ko-k, dan aktiviti kolejnya lagi. bagai tidak tertanggung rasanya sekiranya tidak diberikan cuti yang panjang. walaupun tidak ada la panjang sangat kan. seminggu ja..

tapi itu sudah cukup untuk mengembalikan semangat ku untuk kembali sambung pengajian ku dalam ijazah sarjanamuda pendidikan kimia. alhamduillah…syukur kerana diberi nikmat ini oleh Nya.;)

cuti ini abangku pulang ke kampung. kami sekeluarga bersatu semula…terharu..he..;D.dah lama tak kumpul satu family. abang keja kat usj dan ak belajar kt ukm. memang kami dah lama tak berkumpul bersama. kalau aku ada abang tak da dan begitu juga sebaliknya. tapi cuti raya cina ini kami dapat berkumpul bersama.huhu..berbunga2 hati mak dan ayah anak2 pulang ke kampung.

riak wajah ayah dan mak menyatakan segalanya.. love u mak ayah..he..;D

pada masa cuti kali ini terasa sangat dekat dengan keluarga ku…cuti ini berbagai dugaan datang menerpa keluarga ku. airmata mak dan ayah dapat ku tatap. pertama kali melihat ayah berkeadaan demikian. pada wajah ayah yang comel 2 dapat ku lihat mata yang merah menahan air mata dari berguguran. mak tak yah cakap la memang dah berguguran air matanya.

dugaan yang besar telah menimpa keluargaku.. tak perlu la ku  ceritakan dugaan itu kan..he..

Dugaan yang datang semuanya dari allah yang maha esa. semua yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya kan. allah berikan ujian dan dugaan sebab sayang kan hambanya. allah merindui rintihan suara hati kita..allah rindu kita untuk meminta pertolngan kepadanya. allah tidak akan memberikan dugaan sekiranya hambanya tidak dapat melaluinya kn3..waa….nk nanges ini..he..xpa2 nana kuat kan..hu…[ pujuk diri sendiri];)

kepada anak2 di luar sana nak wat pa2 fikirlah mak dan ayah dulu ek. jangan wat benda yang dikesali kelak..ingat la pengorbanan yang mak dan ayah dah wat untuk besarkan kita.pesanan untuk diri sendri jga..;D